Logo

Pakej Muslim Tour ke Surabaya / Walisongo

TARIKH         : 12-16 Disember 2009 / 20-24 Disember 2009
HARGA DARI: RM 1,100

HARI 01 : LCCT – SURABAYA / GRESIK [MM]
Setiba di Lapanganterbang Juanda Surabaya , peserta akan disambut oleh wakil kami. Selepas itu , peserta akan dibawa ke Gresik untuk menziarahi  Masjid Admiral Cheng Hoo, China Town , Makam Syeikh Maulana Malik Ibrahim dan Makam Sunan Bonang( Raden Machdum Ibrahim ) . Selesai ziarah , peserta akan dibawa ke hotel untuk urusan daftar masuk ( check-in ) dan berehat. Makan malam di restoran tempatan

HARI 02 : SURABAYA – AMPEL [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi , peserta akan dibawa ke Ampel dan menziarahi Makam Syeikh Raden Rahmatullah . Kemudian meneruskan perjalanan ke Sedayu untuk menziarahi Makam Syeikh Sunan Drajat. Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian ke Sukapura dan bermalam di sana. Makan malam direstoran tempatan.

HARI 03 : MT. BROMO - BATU / MALANG [SP/MT/MM]
Awal pagi berlepas ke Bromo. Di Bromo , peserta akan dapat melawat keindahan pemandangan matahari terbit dan Gunung Berapi Bromo. Kemudian , balik ke hotel untuk menikmati sarapan pagi. Kemudian bertolak ke Bandar Malang dan seterusnya melawat Pasentren Habib Omar Al-Attas. Selesai lawatan ke Pasentren , peserta akan dibawa pula ke Ladang Epal. Bermalam di Batu.  Makan malam direstoran tempatan.

HARI 04 : BATU - SURABAYA [SP/MT/MM]
Selepas sarapan pagi , peserta akan dibawa melawat Pusat Ceramic Dinoyo. Peserta juga akan dapat menikmati keenakan Biskut udang dan sambal belacan. Kemudian ke Desa Tanggul Angin yang terkenal dengan barangan buatan orang Islam yang diperbuat dari kulit seperti hand bag , kasut , selipar dan sebagainya.  Selesai membeli-belah di Desa Tanggul Angin , peserta akan dibawa balik ke Bandar Surabaya. Jika ada masa , peserta boleh membeli-belah di Jalan Tunjungan. Makan malam di restoran tempatan.

DAY 05 : SURABAYA – KUALA LUMPUR [SP]
Selepas sarapan pagi , acara bebas. Kemudian peserta akan dibawa ke Lapanganterbang Surabaya untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur dengan membawa kenangan yang manis.

Penginapan :
SURABAYA   : SHAHID  HOTEL ( 3* )
BROMO         : PERMAI HOTEL ( 3* )
    
HARGA TERMASUK :

  1. Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang 
  2. Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin dan selesa
  3. Makan 3 x sehari
  4. Lawatan sebagaimana dalam aturcara

HARGA TIDAK TERMASUK :

  1. Tiket penerbangan pergi balik dengan penerbangan Air Asia
  2. Tips (RM20.00)
  3. Cukai Lapnganterbang di Surabaya (RM40.00)

Pakej Menarik

Cairo

Fayyoum

Iskandariah

Sinai