Logo
Halaman Utama Umrah & Ziarah Muslim Tour Pakej Domestik Profil Syarikat Galeri Hubungi Kami

Pakej Kembara Ilmu bersama Raihan
Ke Cairo / Fayyoum / Iskandariah / Sinai

Tarikh            : 1 – 9 Dec 2009
Penerbangan : Egypt Air
Penginapan   : Europa Hotel
Harga            : RM 4,900

ATURCARA LAWATAN :

HARI 01 (1/12/09) : KUALA LUMPUR / CAIRO
Para jemaah dikehendaki berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Berlepas ke Cairo dengan penerbangan EGYPT AIR MS 969  jam 2345 malam dan dijangka tiba di Cairo jam 0650 pagi.

HARI 02 (2/12/09)  : CAIRO / FAYYOUM                                               
Setiba di Cairo , para jemaah akan disambut oleh wakil kami. Setelah urusan imigrisin dan bagasi selesai para jemaah akan di bawa ke hotel untuk berehat.  Selepas solat zohor dan makan tengahari , para jemaah akan dibawa ke : Masjid Amru Al-Ass ( masjid pertama dibina di Benua Afrika ) dan Masjid serta maqam Imam Shafie. Kemudian menuju ke hotel – daftar masuk dan rehat. Selepas solat zohor dan makan tengahari bertolak ke Fayyoum sejauh 95km. Di fayyoum peserta akan dibawa ke Tasik Qarun / Kincir Air (sistem pengairan zaman dahulu) dan Bandar Fayyoum. Petang balik ke Cairo.

HARI 03 (3/12/09)  : CAIRO
Selepas sarapan pagi , melawat ke : Pyramid / Sphinx / Bazar Minyak Wangi / Bazar Papyrus / Masjid Al-Azhar / Masjid Saidina Hussain / Membeli-belah di Bazar Khan Khalili / Menaiki bot menyusuri Sungai Nil.  Selesai lawatan balik ke hotel.

HARI 04 (4/12/09)  : CAIRO / ISKANDARIAH                           
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan di bawa ke Bandaraya Iskandariah yang terletak di persisiran Laut Madetarranean . Perjalanan mengambil masa lebihkurang 4-5 jam dan di sana para jemaah akan melawat : Maqam nabi Daniel / Maqam Lukman Al-Hakim / Kebun Bunga Montaza / Istana Raja Farouk / Kubu Pertahanan Sultan Qaitbey / Maqam Imam Al-Busiri.  Selesai lawatan , balik ke Kaherah

HARI 05 – 06 (5-6/12/09) : CAIRO / SINAI
Selepas sarapan pagi , peserta akan bertolak ke Semenanjung Sinai sejauh 430km. Dalam perjalanan , melawat Terusan Suez / Bekas Kubu Pertahanan Tentera Israel ketika menentang Mesir pada tahun1973 / 12 Telaga Pengikut Nabi Musa / Hamam ( Tempat mandi ) Firaun. Tiba di St. Katherine daftar masuk hotel , makan malam dan rehat.
Pada tengahmalam bertolak ke kaki gunung Musa untuk mendaki ke puncaknya setinggi 2225 m. Pendakian mengambil masa lebihkurang 3-4 jam. Di puncak Gunung Musa , peserta dapat melihat Tempat Nabi Musa bermunajat kepada Allah dan melihat panorama matahari terbit. Kemudian melawat Lembu Samiri / Maqam nabi Harun / Maqam nabi Salleh ).
Pada sebelah petang , bertolak balik ke Kaherah.

HARI 07 (7/12/09)  : CAIRO                                  
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan dibawa melawat : Masjid Sultan Hassan / Masjid Rifaee / Kubu pertahanan Sultan Salahuddin Al-Ayubbi / Istana Jawhara / Masjid Muhamad Ali Pasha / Medan Anwar Sadat / Panorama Perang 6 Oktober 1973. Selesai lawatan , balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.

HARI 08 (8/12/09) : CAIRO / KUALA LUMPUR
Selepas sarapan pagi , para jemaah akan dibawa melawat : Muzium Negara / Kilang Kristal dan membeli-belah di pusat bandar Kaherah.
Selesai lawatan , balik ke hotel untuk berehat dan makan malam. Pada sebelah malam , bertolak ke Lapanganterbang  Antarabangsa Kaherah untuk penerbangan balik ke Malaysia.

HARI 09 (9/12/09) : CAIRO / KUALA LUMPUR

Tiba di Kuala Lumpur.

Harga Pakej Termasuk :

  1. Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
  2. Penginapan di hotel bertaraf 3 bintang 
  3. Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin dan selesa 
  4. Makan 3 x sehari mengikut pakej
  5. Lawatan sebagaimana dalam aturcara

Harga Pakej Tidak Termasuk :

  1. Tip kepada pemandu pelancong / Bayaran minuman semasa makan di restoran tempatan seperti soft drink , tea , kopi
  2. Bayaran optional : Nile Cruise : USD 30 / Sound & Light di Pyramid : USD 25 /

    *AL-KAWSAR Travel berhak menuntut bayaran tambahan dari para peserta sekiranya terdapat sebarang kenaikan pada harga minyak (fuel charges), hotel, pengangkutan.

Pakej Menarik

Menarik Syria

Istanbul

Beijing