
Pakej Muslim Tour ke Iran
Menziarahi Ke Makam Ulamak Agung Imam Al-Ghazali & Menyaksikan Keunikan Senibina Islam Di Iran: Tehran / Shiraz / Isfahan / Mashhad
Tarikh : 13 – 21 Nov 2009
PENERBANGAN : IRAN AIR
HARGA : RM 6,050 ( dewasa ) / RM 4,840 ( kanak-kanak )
Hari 01 Kuala Lumpur – Tehran
Berkumpul di KLIA 2 1/2 jam sebelum berlepas ke Tehran. Setibanya di
Tehran, peserta akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke hotel, dalam
perjalanan singgah sebentar di Azadi Monument untuk bergambar.
Daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Tehran.
Hari 02 Tehran – Shiraz (BLD)
Selepas sarapan, bertolak ke airport untuk mengambil penerbangan domestik ke Shiraz. Daftar masuk ke hotel, selepas sarapan dan berehat, mulakan lawatan sehari penuh di Kota kuno Persepolis, kota yang diasaskan oleh Darius 1 sekitar tahun 518 Masehi, dan disempurnakan oleh Xerses dan Artaxerses 1 yang memerintah Iran dari tahun 486 hingga 425 Masehi, rakamkan kenangan anda disini, pelbagai artifek dan tinggalan sejarah kuno dapat dilihat, lawatan diteruskan ke Naqsh e Rostam, Quran Gate dan kembali ke hotel, makan malam dan bermalam di Shiraz.
Hari 03 Shiraz – Isfahan (BLD)
Selepas sarapan, check out, city tour ke Sadi Mausoleum, Seyeed Hamezeh Shrine, Shahe Cheragh Shrine dan masa bebas membeli belah di Bazaar Of Shiraz, peserta dibawa ke airport untuk mengambil penerbangan domestic ke Isfahan. Tiba di Isfahan, daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Isfahan .
Hari 04 Isfahan (BLD)
Selepas sarapan, lawatan sepenuh hari di bandar Isfahan, antara tempat yang akan dilawati ialah Friday Mosque, ke kawasan paling terkenal di Isfahan iaitu Imam Square, Imam Mosque dan Imam Plaza, saksikan keindahan dan keunikan senibina islam yang terdapat di sekitar kawasan ini, masa bebas membeli belah pelbagai barangan cenderahati di bazaar sekitar kawasan ini (antaranya pelbagai rug, permaidani buatan Iran, barangan ukiran kayu, tembaga dll), kemudian ke Chehel Sotun Palace, Jame Mosque, Aligapu Palace, Bazaar, Sheikh Lotfollah Mosque, dan menyaksikan panorama indah di jambatan antara yang terpenting dan bersejarah di Iran iaitu Khajoo dan Si O She Pol Bridge, makan malam dan bermalam di Isfahan.
Hari 05 : ISFAHAN / MASHAD (B/L/D)
Selepas sarapan, check out dan berlepas ke Mashad dengan menaiki kapalterbang. Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan berehat. Kemudian melawat ke Maqam Imam Ghazali di Tous. / Maqam Imam Ali Reza (Imam ke 8 mazhab Syiah)
Hari 06 : MASHAD - TEHRAN (B/L/D)
Selepas sarapan, check out dan bertolak ke Tehran dengan bas, perjalanan akan melalui bandar
Kashan dan Qom, singgah melawat ke Fin Garden, Borujerdiha House dan melawat ke Imam Khomeini House. Tiba di Tehran, check in, makan malam dan bermalam di Tehran .
Hari 07 : TEHRAN (B/L/D)
Selepas sarapan, city tour di bandar Tehran, antara tempat lawatan ialah ke Iran
National Museum, Tehran Carpet Museum (karpet Iran telah diakui antara
yang terbaik didunia, contoh terbaik terdapat di Masjid Nabawi), dan masa
bebas membeli belah di Golestan Bazaar, antara barangan yang terdapat
di sini ialah pelbagai rug, karpet, barangan tembaga, kayu, kekacang dll, makan
malam dan kembali ke hotel.
Hari 08 : TEHRAN – KUALA LUMPUR (B/L)
Selepas sarapan, check out, sebelah pagi peserta di bawa melawat ke Tehran Shah Palace, White Palace, dan akhiri lawatan dengan mengunjungi Iamamzadeh Saleh, makan tengahari dan dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur , tiba di Kuala Lumpur bersama kenangan paling berharga di bumi Iran .
Hari 09 : KUALA LUMPUR
Tiba di KLIA
JADUAL PENERBANGAN :
13 NOV 09 KUL/THE IR 235 1110 / 1540
21 NOV 09 THE / KUL IR 840 2010 / 0715 + 1
*harga, tarikh, program tertakluk kepada perubahan
Harga Pakej Termasuk :
Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dengan Iran Air / Penginapan di hotel berkelas 3* /
Pengangkutan ke semua destinasi / Makan minum 3 kali sehari / Pemandu pelancong berbahasa Inggeris / Tipping untuk guide dan driver / Wakil dari AL-KAWSAR Travel (untuk pelepasan melebihi 20 orang) / Beg kembara dari AL-KAWSAR Travel
Harga Pakej Tidak Termasuk :
Insuran perjalanan peribadi / Minuman ringan semasa makan / Perbelanjaan peribadi / Barangan lebih had
*AL-KAWSAR Travel berhak menuntut bayaran tambahan dari para peserta sekiranya terdapat sebarang kenaikan pada harga minyak (fuel charges), hotel, pengangkutan. |